Wednesday, 2 July 2014

aduh,

tk cukup istiqamah lagi nak update blog secara konsisten

cuma sempat update calendar sebelah tu.

tk la sibuk sangat, tapi time management tk betul

sigh

Thursday, 22 May 2014

KAWASAKI ZX250SL

Kawasaki kips KR150 sudah ditamatkan pengeluarannya tahun lepas.

penamatan itu bermakna sudah tiada jentera budget untuk track use. 250cc 4-lejang seperti cbr, ninja 250 jauh lebih mahal, dan kuasanya jauh lebih rendah dari KIPS.

Jadi model single silinder ini di reka untuk menggantikan legasi KIPS.

baru tadi aku berkesempatan test ride pada majlis launching model ni.

malangnya takda gambar on track testing.

hendak disimpulkan cerita, jentera 4 lejang terdekat untuk menggantikan KIPS, inilah dia.

ia dibuat ringan, hampir 20kg lebih ringan dari ninja 250.

bagaimanapun harga ialah linkungan 18k OTR. mesin 4 lejang lebih komppleks dan kos membinanya juga lebih tinggi. jadi untuk menjualnya pada linkungan harga 10k seperti kips sekarang, adalah agak mustahil.

tapi apa mahu buta, dunia 2 lejang sudah menghampiri akhirnya. maka jentera ini ialah alternatif terdekat untuk sportbike beginner.

p/s - kalendar perlumbaan dah update di tepi.


Thursday, 17 April 2014

3 RACES IN A DAY!

Jadi next week kita ade 3 race nak tengok, motogp Rio, WSBK Assen, dan Cub prix melaka.

syurga syurga

Monday, 7 April 2014

ALPINESTARS AIR TECH AIR BAG

Alpinestars, jenama pakaian perlindungan perlumbaan yang memang cukup popular. Design but, racing suit, glove memang cantik, menjadi idaman ramai kaki 'pereng', termasuk la aku jugak. Yang menjadi kekangan ialah harganya yang agak tinggi, sesuai dengan design dan fungsinya lah.

Alpinestars bukan sekadar design yang cantik je, diorang lah yang jadi benchmark untuk teknologi sistem perlindungan penunggang. Racing suit terkini diorang dengan sistem air tech memang cukup canggih dan menaikkan lagi tahap keselamtan para rider.

Apa sistem air tech ni? ia adalah sistem airbag pada racing suit! Air bag pada kenderaan tu benda biasa je, tk susah pun nak bayangkan bag udara disumbat dalam dashboard dan stereng, dan cuma kembang bila terjadi perlanggaran. Tapi dalam racing suit? macamana nak deploy? lepas terhentak kat jalan baru kembang? tak guna la kan?

Jawapannya ialah ia jauh lebih sophisticated dari yang kita bayangkan.

Pertama sekali, air tech versi pertama ialah perlindungan bahu dan bahagian collarbone sahaja, tetapi model terkini ia telah meliputi bahagian belakang hingga ke pinggul. Kontra dengan apa yang aku bayangkan tadi, Airbag dalam suit alpinestars ini akan deploy sebelum pemakainya terhempas ke tanah lagi.
versi pertama cuma melindungi bahu dan kawasan collarbone
versi terkini, kawasan perlindungan semakin besar

nampak bahu kembang semacam tu? airbag doing their works


Macamana boleh camtu? camni...pada tangan, kaki racing suit ini ada accelerometer, accelerometer ni membaca bacaan pecutan. Semua accelerometer ni disambungkan pada CPU yang diletakkan di 'hump'. CPU ini diprogramkan dengan algorithim kompleks yang mengesan perubahan pecutan dengan ciri-ciri yang menunjukkan rider bakal melambung dan crash. Ciri-ciri perubahan pecutan ini hasil dari kajian data yang dikumpul dan dibangunkan alpinestars sejak 10 tahun lalu untuk membina sistem air tech ni. Fuh, canggih sungguh.

CPU unit di dalam hump berserta 2 charge nitrogen tank, dan LED status


Ada 2 tangki nitrogen untuk kembangkan airbag ini. Maknanya ada 2 charge. katakanlah sekali jatuh dan airbag deployed. Rider masih mampu bangun dan sambung perlumbaan, airbag itu masih boleh kembang sekali lagi.

Ia menggunakan kuasa bateri, dan perlu di 'on' kan dengan suis yang boleh diakses dalam hump. Di lengan racing suit ada LED panel yang memberitahu status airbag itu berfungsi, error atau perlu dicas. Lepas ni tengok motogp boleh tengok lengan rider yang pakai alpinestars, carik LED ini.



Sekarang sut canggih ini mula dijual kepada orang awam. harga tak tau berapa tapi gerenti mahal gila. setakat ini, pemilik racing suit perlu hantar suit mereka setahun sekali kepada alpinestars untuk ujian fungsi dan update firmware CPU.

aku nak satuuuuu




Sunday, 6 April 2014

TV1 ADA LIVE CUBPRIX!!

Sorry info lambat, aku pun baru tau..ada live cubprix di tv1! Cepat tengok! Pusingan pertama cubprix, batu kawan.

Saturday, 5 April 2014

BRIDGESTONE MOTOGP TIRE CODE

Mulai musim 2014 ini bridgestone memperkenalkan sistem code warna pada tayar mereka mengikut jenis kompaun.

tujuannya supaya mudah penonton melihat pilihan tayar yang digunakan para pelumba.

kod tersebuat adalah seperti berikut


Lingkaran merah = hard
Tiada lingkaran = medium
Lingkaran putih = soft
Lingkaran hijau = extra soft, untuk kelas open, dan kelas factory 2 yang belum menepati syarat kemenangan.

Apa itu kelas open dan factory2, baca sini

Jadi kita tidak tertanya-tanya tayar jenis apa digunakan setiap pelumba. Sebelum ni kita kene tunggu paparan info semasa perlumbaan untuk tahu jenis compound pilihan mereka.






Thursday, 3 April 2014

LONGTERM TEST

Longterm test ini adalah idea dalam majalah BIKES dan SUPERBIKES dari UK. menarik sebab jurnalis mereka pakai satu jenis motsoikal, dan berkongsi segala pengalaman tuka spare part, rosak, tukar tayar, pegi trackday dan sebagainya.

Aku terfikir-fikir nak buat benda yang sama untuk blog ni. Tapi jentera entry model je la, 2009 ER-6F. Macamana pun rasa macam banyak benda boleh dikongsikan mengenai jentera ni.

what da ya think?


MOTOGP CLASSES

Tahun 2014 menyaksikan Dorna menggariskan peraturan baru untuk merapatkan jurang antara pasukan, supaya sengit seperti entry class moto2 dan moto3. Ini mungkin kerana perlumbaan motogp menjadi semakin hambar saban tahun.

Tetapi peraturan baru ini ada sikit mengelirukan. Pertama-tama sekali, sekarang pasukan mempunyai pilihan selain CRT, satelite atau factory, iaitu jentera yang dibina khas untuk open class, dalam kata lain jentera yang dikurangkan sedikit specnya seperti ketiadaan pneumatic valve dan sebagainya.

Jadi macamana kelas motogp sekarang? Begini, mulai 2014, semua pasukan dalam kelas motoGP wajib menggunakan ECU unit yang dibekalkan oleh Magnetti Marelli secara terkawal oleh DORNA. Bermakna ECU unit semua pasukan adalah sama, tk kira lah Honda ke, Yamaha ke, CRT ke, satellite team ke.

Jika pasukan itu ingin menggunakan software yang dibuat sendiri(develop sendiri) untuk unit ECU tersebut, mereka jatuh kedalam kelas FACTORY. Kelas factory cuma boleh menggunakan 20 liter minyak dalam satu perlumbaan, private testing yang terhad, kekangan dari menggunakan tayar paling soft, dan 5 biji enjin yang 'sealed'dalam satu musim. Enjin sealed bermaksud tidak ada development boleh dibuat selepas musim perlumbaan bermula. Katakanlah mereka dapat teknologi gear box baru pada pertengahan musim, mereka tidak boleh membuka enjin itu untuk dipasangkan dengan teknologi baru itu. Kene tunggu musim hadapan.

Jika pasukan itu memilih untuk menggunakan software standard yang ada dalam ECU tersebut buatan Magnetti Marelli, mereka jatuh kedalam OPEN class. Open class boleh menggunakan 24 liter minyak dalam satu perlumbaan, pilihan tayar yang lebih 'extra soft' dari factory, unlimited testing, 12 biji enjin dalam satu musim yang bebas dibuka untuk apa-apa development sepanjang musim.

Belum pening lagi kan? pening start dari sini..

Meneliti undang-undang baru ini, Ducati membuat keputusan untuk masuk dalam kelas open, dengan menggunakan software standard. Pendapat mereka, biarlah mereka guna software standard, tetapi mempunyai peluang testing yang bebas, bebas develop enjin sepanjang musim, tayar lebih lembut dan lebih minyak.

Tetapi Honda membuat aduan tentang terlalu banyak advantage bagi open class untuk sebuah pasukan seperti Ducati.

Jadi Dorna menambah satu lagi kelas disaat2 akhir untuk memuaskan hati semua pihak. Kelas ini dipanggil sebagai FACTORY 2. Kelas Factory 2 ini hanya boleh dipilih oleh pasukan facory yang tidak pernah menang pada musim 2013.

Apa beza class Factory 2 ini dengan open class? Factory 2 mempunyai kelebihan yang sama seperti open class, tetapi dengan bersyarat. Syarat tersebut ialah jika mereka menang tempat ke-3 sebanyak 3 kali, atau tempat ke-2 senbanyak 2 kali, atau sekali menang tempat pertama, kelebihan mereka akan ditarik balik dan menjadi seperti berikut :

22.5 liter minyak untuk satu race, 9 enjin untuk satu musim, dan penarikan balik penggunaan tayar 'extra soft'. Ini ialah untuk mengekang kelebihan open class jika disertai jentera factory.

Idea mereka sebenarnya ialah untuk suatu hari nanti, semua pasukan menggunakan ECU dan software yang sama.


Wednesday, 2 April 2014

SEAMLESS TRANSMISSION

Teknologi motogp selalunya memberi gambaran teknologi yang bakal ada pada motosikal yang berada di pasaran.

Slipper clutch, power shifter, dahulunya cuma terdapat pada motosikal-motosikal prototaip grand prix je, tapi hari ini features tu datang standard pada superbike-superbike dalam pasaran.

Teknologi baru pada motogp ialah seamless transmission.

gear biasa yang kita pakai hari ini, walaupun dengan power shifter, ialah semasa kita nak tukar gear, kita putuskan kuasa pada gearbox, dan cungkil atau tekan gear untuk shift gear. pada superbike biasa kita boleh tutup terotel sikit untuk shift gear, power shifter pula guna sensor elektronik untuk matikan enjin selama beberapa mili saat, cukup-cukup untuk gear bertukar.

Dengan seamless gearbox, ia buat persediaan untuk gear seterusnya. Contohnya, bila kita tekan gear 1, gear 2 sudah di kuncikan siap-siap, bersedia untuk disambungkan dengan kuasa. Jadi bila kita masuk ke gear 2, gear itu sudah bersiap sedia, dan kuasa terus disambungkan saja kepadanya, serentak itu juga gear 3 'lock' dan bersedia, hinggalah seterusnya.

Pening? bayangkan macam ni, gearbox stended di ibaratkan kita makan dengan sudu. Kita cedok nasi, suap ke mulut. Kunyah, telan. Kemudian cedok lagi, dan ulang proses yang sama.

Seamless gearbox ialah umpama kita cedok nasik, suap ke mulut. Sedang kita kunyah tu, sudu itu kita cedok lagi nasi dan tunggu kita telan nasi. Lepas telan je tinggal suap terus, sebab dah cedok nasi awal-awal.

Jadi berapa banyak masa jimat dari sistem ini. Rossi kata sistem baru ini gunakan 0.009 saat untuk gearshift. Sebelum ni gearshift perlukan 0.038 saat.

taukah anda berapa detik 0.009 dan 0.038 saat tu? kelip mata pun lagi lama!

Power sungguh. Teknologi.

Tuesday, 1 April 2014

NAKAGAMI DISQUALIFIED ISSUE

Aku sendiri tak parasan Nakagami kena DQ masa moto2 di qatar haritu. Perasan cuma tengok hafizh naik dari p16 ke p15. Check punya check rupanya team idemitsu pakai air filter tk ikut regulation. Diorang pakai sponge type. Original standard enjin cbr600 spec moto3 tu paper type.

Alasan team idemitsu tu ialah confuse ingatkan bole pakai.

Natijah peristiwa tu, ada cadangan pakai part number kat parts untuk elakkan kekeliruan tertuka. Sponge air filter tu mereka beli dari HRC race kit. Jadi mereka assume boleh pakai je la kot.

Pendapat aku pulak, tak kira la race pe pun walaupun controlled dari pelbagai segi dan regulation, boleh dikatakan ada je trick yang dipakai untuk extra advantage dari orang lain. Samede kene cekup tk kene cekup je la..haha

Monday, 31 March 2014

1ST POST!!

Salam semua,

ini posts pertama, harapnya pertama kepada banyak lagi post mendatang. Kemungkinan korang sampai sini ialah kerana mencari kalendar perlumbaan.

aku compile kan tarikh-tarikh perlumbaan utama yang selalu kita follow. Dan features tambahan, perlumbaan terdekat kat bahagian atas sekali untuk senang keep track ape race yang terdekat. Aku cuba juga untuk masukkan sekali link streaming untuk yang tiada astro dan waktu siaran. senang nak ready depan tv sebelum race mula.

round untuk sepang aku birukan..inilah hari untuk kite-kite peminat racing motor nih, dont miss out!!

semoga membantu, enjoice!