Alpinestars bukan sekadar design yang cantik je, diorang lah yang jadi benchmark untuk teknologi sistem perlindungan penunggang. Racing suit terkini diorang dengan sistem air tech memang cukup canggih dan menaikkan lagi tahap keselamtan para rider.
Apa sistem air tech ni? ia adalah sistem airbag pada racing suit! Air bag pada kenderaan tu benda biasa je, tk susah pun nak bayangkan bag udara disumbat dalam dashboard dan stereng, dan cuma kembang bila terjadi perlanggaran. Tapi dalam racing suit? macamana nak deploy? lepas terhentak kat jalan baru kembang? tak guna la kan?
Jawapannya ialah ia jauh lebih sophisticated dari yang kita bayangkan.
Pertama sekali, air tech versi pertama ialah perlindungan bahu dan bahagian collarbone sahaja, tetapi model terkini ia telah meliputi bahagian belakang hingga ke pinggul. Kontra dengan apa yang aku bayangkan tadi, Airbag dalam suit alpinestars ini akan deploy sebelum pemakainya terhempas ke tanah lagi.
| versi pertama cuma melindungi bahu dan kawasan collarbone |
| versi terkini, kawasan perlindungan semakin besar |
| nampak bahu kembang semacam tu? airbag doing their works |
| CPU unit di dalam hump berserta 2 charge nitrogen tank, dan LED status |
Ada 2 tangki nitrogen untuk kembangkan airbag ini. Maknanya ada 2 charge. katakanlah sekali jatuh dan airbag deployed. Rider masih mampu bangun dan sambung perlumbaan, airbag itu masih boleh kembang sekali lagi.
Ia menggunakan kuasa bateri, dan perlu di 'on' kan dengan suis yang boleh diakses dalam hump. Di lengan racing suit ada LED panel yang memberitahu status airbag itu berfungsi, error atau perlu dicas. Lepas ni tengok motogp boleh tengok lengan rider yang pakai alpinestars, carik LED ini.
Sekarang sut canggih ini mula dijual kepada orang awam. harga tak tau berapa tapi gerenti mahal gila. setakat ini, pemilik racing suit perlu hantar suit mereka setahun sekali kepada alpinestars untuk ujian fungsi dan update firmware CPU.
aku nak satuuuuu
No comments:
Post a Comment