Wednesday, 2 April 2014

SEAMLESS TRANSMISSION

Teknologi motogp selalunya memberi gambaran teknologi yang bakal ada pada motosikal yang berada di pasaran.

Slipper clutch, power shifter, dahulunya cuma terdapat pada motosikal-motosikal prototaip grand prix je, tapi hari ini features tu datang standard pada superbike-superbike dalam pasaran.

Teknologi baru pada motogp ialah seamless transmission.

gear biasa yang kita pakai hari ini, walaupun dengan power shifter, ialah semasa kita nak tukar gear, kita putuskan kuasa pada gearbox, dan cungkil atau tekan gear untuk shift gear. pada superbike biasa kita boleh tutup terotel sikit untuk shift gear, power shifter pula guna sensor elektronik untuk matikan enjin selama beberapa mili saat, cukup-cukup untuk gear bertukar.

Dengan seamless gearbox, ia buat persediaan untuk gear seterusnya. Contohnya, bila kita tekan gear 1, gear 2 sudah di kuncikan siap-siap, bersedia untuk disambungkan dengan kuasa. Jadi bila kita masuk ke gear 2, gear itu sudah bersiap sedia, dan kuasa terus disambungkan saja kepadanya, serentak itu juga gear 3 'lock' dan bersedia, hinggalah seterusnya.

Pening? bayangkan macam ni, gearbox stended di ibaratkan kita makan dengan sudu. Kita cedok nasi, suap ke mulut. Kunyah, telan. Kemudian cedok lagi, dan ulang proses yang sama.

Seamless gearbox ialah umpama kita cedok nasik, suap ke mulut. Sedang kita kunyah tu, sudu itu kita cedok lagi nasi dan tunggu kita telan nasi. Lepas telan je tinggal suap terus, sebab dah cedok nasi awal-awal.

Jadi berapa banyak masa jimat dari sistem ini. Rossi kata sistem baru ini gunakan 0.009 saat untuk gearshift. Sebelum ni gearshift perlukan 0.038 saat.

taukah anda berapa detik 0.009 dan 0.038 saat tu? kelip mata pun lagi lama!

Power sungguh. Teknologi.

No comments:

Post a Comment