Tahun 2014 menyaksikan Dorna menggariskan peraturan baru untuk merapatkan jurang antara pasukan, supaya sengit seperti entry class moto2 dan moto3. Ini mungkin kerana perlumbaan motogp menjadi semakin hambar saban tahun.
Tetapi peraturan baru ini ada sikit mengelirukan. Pertama-tama sekali, sekarang pasukan mempunyai pilihan selain CRT, satelite atau factory, iaitu jentera yang dibina khas untuk open class, dalam kata lain jentera yang dikurangkan sedikit specnya seperti ketiadaan pneumatic valve dan sebagainya.
Jadi macamana kelas motogp sekarang? Begini, mulai 2014, semua pasukan dalam kelas motoGP wajib menggunakan ECU unit yang dibekalkan oleh Magnetti Marelli secara terkawal oleh DORNA. Bermakna ECU unit semua pasukan adalah sama, tk kira lah Honda ke, Yamaha ke, CRT ke, satellite team ke.
Jika pasukan itu ingin menggunakan software yang dibuat sendiri(develop sendiri) untuk unit ECU tersebut, mereka jatuh kedalam kelas FACTORY. Kelas factory cuma boleh menggunakan 20 liter minyak dalam satu perlumbaan, private testing yang terhad, kekangan dari menggunakan tayar paling soft, dan 5 biji enjin yang 'sealed'dalam satu musim. Enjin sealed bermaksud tidak ada development boleh dibuat selepas musim perlumbaan bermula. Katakanlah mereka dapat teknologi gear box baru pada pertengahan musim, mereka tidak boleh membuka enjin itu untuk dipasangkan dengan teknologi baru itu. Kene tunggu musim hadapan.
Jika pasukan itu memilih untuk menggunakan software standard yang ada dalam ECU tersebut buatan Magnetti Marelli, mereka jatuh kedalam OPEN class. Open class boleh menggunakan 24 liter minyak dalam satu perlumbaan, pilihan tayar yang lebih 'extra soft' dari factory, unlimited testing, 12 biji enjin dalam satu musim yang bebas dibuka untuk apa-apa development sepanjang musim.
Belum pening lagi kan? pening start dari sini..
Meneliti undang-undang baru ini, Ducati membuat keputusan untuk masuk dalam kelas open, dengan menggunakan software standard. Pendapat mereka, biarlah mereka guna software standard, tetapi mempunyai peluang testing yang bebas, bebas develop enjin sepanjang musim, tayar lebih lembut dan lebih minyak.
Tetapi Honda membuat aduan tentang terlalu banyak advantage bagi open class untuk sebuah pasukan seperti Ducati.
Jadi Dorna menambah satu lagi kelas disaat2 akhir untuk memuaskan hati semua pihak. Kelas ini dipanggil sebagai FACTORY 2. Kelas Factory 2 ini hanya boleh dipilih oleh pasukan facory yang tidak pernah menang pada musim 2013.
Apa beza class Factory 2 ini dengan open class? Factory 2 mempunyai kelebihan yang sama seperti open class, tetapi dengan bersyarat. Syarat tersebut ialah jika mereka menang tempat ke-3 sebanyak 3 kali, atau tempat ke-2 senbanyak 2 kali, atau sekali menang tempat pertama, kelebihan mereka akan ditarik balik dan menjadi seperti berikut :
22.5 liter minyak untuk satu race, 9 enjin untuk satu musim, dan penarikan balik penggunaan tayar 'extra soft'. Ini ialah untuk mengekang kelebihan open class jika disertai jentera factory.
Idea mereka sebenarnya ialah untuk suatu hari nanti, semua pasukan menggunakan ECU dan software yang sama.
No comments:
Post a Comment